Menurut AirAsia, ia juga se­iring dengan peningkatan 16 peratus bagi kapasiti tempat duduk manakala faktor muatan penumpang pula berkembang satu mata peratus kepada 88 peratus berbanding 2016.

Jelas syarikat itu, Malaysia memulakan operasi lima laluan baharu dari Johor (dua laluan), Kuala Lumpur, Kuching dan Singapura manakala Filipina pula memulakan operasi dua laluan baharu dari Manila.

“Dari segi frekuensi, Malaysia meningkatkan frekuensi bagi sembilan laluan dari Kuala Lumpur (lima laluan), Kuching (dua), Johor dan Singapura. Indonesia pula mampu menguruskan untuk mencapai faktor muatan yang sama pada 84 peratus seperti tahun kewangan 2016 di sebalik aktiviti gunung berapi Gunung Agung yang menjejaskan pelancong ke Denpasar, Bali. Untuk itu, Indonesia meningkat frekuensi bagi tiga laluan dari Bali (dua) dan Jakarta.

“Secara keseluruhan, 2017 merekodkan satu pencapaian yang baik kepada kumpulan de­ngan membawa sehingga 39.1 juta penumpang, meningkat 11 peratus manakala faktor muatan me­ningkat satu mata peratus kepada 88 peratus berbanding tahun lalu,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

AirAsia Thailand pula merekodkan faktor muatan pada 88 peratus, melonjak enam peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dengan membawa 5.34 juta penumpang, iaitu peningkatan 22 peratus tahun ke tahun. Jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding pertumbuhan 13 peratus dalam kapasiti tempat duduk.