Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

AirAsia tawar 3 juta tempat duduk percuma

. 2

KUALA LUMPUR 12 Mac – AirAsia menawarkan tiga juta tempat duduk promosi ke 120 destinasi dengan tambang dari serendah RM0 sehala, boleh ditempah menerusi airasia.com bermula esok hingga 19 Mac ini.

Tempoh perja­lanan bagi tempat duduk percuma itu ialah pada 1 September 2017 sehingga 5 Jun 2018, dengan akses keutamaan promosi dan tempahan untuk ahli AirAsia BIG bermula hari ini.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata, tem­pahan juga boleh dilakukan secara dalam talian menerusi aplikasi AirAsia atau menebus penerbangan melalui airasiabig.com dan aplikasi AirAsia BIG.

Katanya, bagi mereka yang mahu segera melancong, AirAsia juga menawarkan promosi istimewa bagi tempoh perjalanan antara 14 Mac hingga 31 Ogos ini yang boleh ditempah sekarang.

“Kempen tempat duduk percuma ini adalah acara sulung AirAsia dalam memulakan tahun ini dengan gemilang serta sebagai cara untuk menghargai para pelanggan yang sentiasa menyokong kami.

“Kami sentiasa ber­usaha menghubungkan pengguna ke destinasi baharu dan menarik seperti pelancaran pe­nerbangan ke Luang Prabang, Laos; Bhubaneswar, India dan Honolulu, Amerika Syarikat baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Promosi itu termasuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh, Phnom Penh, Miri, Bangkok, Phuket, Jakarta, Pekan­baru, Kota Bahru; dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan Singapura; dari Johor Bahru ke Kuching dan Surabaya serta banyak lagi.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain