Semua penggambaran babak-babak drama berkaitan industri penerbangan dan adegan di Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh AirAsia.

Presiden AirAsia Utara Asia, Kathleen Tan berkata, AirAsia sentiasa mempunyai hubungan yang rapat dengan pelbagai budaya.

“Penajaan ini adalah cara untuk menyokong industri hiburan Korea, selain mempamerkan jenama dan industri penerbangan di Korea dan di tempat lain di Asia,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Bagi meraikan penajaan dan kemunculan pertama drama itu, AirAsia akan mengadakan pemberian hadiah kepada penonton seperti model kapal terbang yang ditandatangani oleh duta jenama AirAsia di Korea, Park Ji-Sung.

Untuk mengambil bahagian, penonton perlu mengambil imej AirAsia yang muncul dalam episod pertama dan kedua drama, seterusnya memuat naik gambar tersebut ke laman web rasmi Facebook AirAsia Korea di www.facebook.com/airasiakorea.