Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, antara model pesawat yang sedang dipertimbangkan adalah Airbus 330 dan 350 serta Boeing 787.

Katanya, susulan permintaan yang tinggi, Air­Asia X memerlukan lebih banyak pesawat.

“Kumpulan AirAsia juga berminat untuk menambah lebih banyak jet jarak jauh Airbus A321neo selepas membeli lebih 100 buah.

“Kami pasti memerlukan lebih banyak pesawat bagi menyokong pertumbuhan pada masa depan,” katanya kepada pemberita di luar acara forum perniagaan di Manila hari ini.

Sebelum ini, AirAsia ini telah menempah A330 dan A350. Walau bagaimanapun, pakar-pakar industri berpendapat bahawa Boeing 787 lebih sesuai dengan operasi jarak jauh syarikat itu.

AirAsia yang menerbangkan hampir 200 pesawat adalah pengendali terbesar A320 yang merupakan jet terlaris oleh Airbus.

Pada Disember lalu, Fernandes berkata, kumpulan itu merancang untuk menambah kira-kira 30 buah jet meliputi seluruh Asia tahun ini disorong permintaan yang kukuh. – REUTERS