Ketua Pegawai Eksekutif Air­Asia Singapura, Logan Velaitham berkata, pemindahan ke Terminal 4 yang menggunakan kemudahan automatik sepenuhnya untuk semua penerbangan yang berlepas dan tiba di Singapura adalah selaras dengan visi AirAsia untuk menjadi syarikat penerbangan digital.

Katanya, semua penerbangan AirAsia yang dijadualkan pada hari itu akan tiba dan berlepas dari Terminal 4 dan jadual perlepasan dan ketibaan sedia ada tidak terjejas oleh perubahan tersebut.

Para tetamu yang berlepas da­ri Terminal 4 dinasihatkan untuk tiba 3 jam sebelum waktu berlepas untuk memastikan me­­reka mempunyai masa yang mencukupi ke terminal baharu, manakala mereka yang tiba di Terminal 4 dinasihatkan untuk memaklumkan kepada keluarga atau kenalan mereka mengenai perubahan itu.