Syarikat penerbangan itu berkata, semua pihak diminta untuk mengabaikan kandungan palsu tersebut dan merujuk kepada saluran media sosial rasmi AirAsia yang sah.

“AirAsia menyedari tentang kandungan di media sosial mengenai pelancaran Crypto Revolt namun, perkara itu adalah tidak benar.

“Kami ingin menasihatkan kepada orang ramai untuk merujuk saluran media AirAsia yang sah iaitu di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia) untuk sebarang berita terkini mengenai syarikat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE