Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

AirAsia mahu lebih banyak terminal tambang murah dibina di ASEAN

Rodrigo Roa Duterte (dua dari kiri) menyampaikan anugerah Sektor
Rodrigo Roa Duterte (dua dari kiri) menyampaikan anugerah Sektor Keutamaan Integrasi bagi sektor pelancongan kepada Tony Fernandes sambil disaksikan Joey Concepcion (kiri) dan Ramon Lopez (kanan) dalam majlis Anugerah Perniagaan ASEAN di Manila, kelmarin.

MANILA 7 Sept.– AirAsia Berhad mahu melihat lebih banyak terminal penerbangan tambang murah dibina di rantau ASEAN dengan operasinya dipisahkan sepenuhnya daripada lapangan terbang yang menyediakan perkhidmatan premium.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya menyasarkan tempoh lima tahun untuk berbincang mengenai perkara tersebut dengan kerajaan Thailand, Malaysia, Indonesia dan Filipina bagi tujuan mempromosikan sektor pelancongan yang terletak di luar kawasan tumpuan utama.

Menurut beliau, kebanyakan negara mempunyai lapangan terbang di bandar raya utama seperti Jakarta, Kuala Lumpur, Manila dan Bangkok sehingga membataskan jaringan perhubungan antarabangsa dengan destinasi pelancongan yang terletak di luar bandar utama.

“Lihat sahaja destinasi menarik seperti Lombok, Melaka, Surat Thani dan Palawan masih tiada penerbangan antarabangsa terus ke sana. Banyak tempat menarik di rantau ASEAN yang boleh dilawati, namun keterbatasan berkenaan menyebabkan destinasi itu kurang menjadi pilihan para pelancong.

“Justeru itu, saya sentiasa memberitahu kepada pihak kerajaan agar membina lebih banyak terminal tambang murah dan syarikat penerbangan seperti ka­mi (AirAsia) sentiasa mencari peluang untuk beroperasi di sana,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas majlis Anugerah Perniagaan ASEAN 2017 di sini, semalam.

Presiden Filipina, Rodrigo Roa Duterte telah menyampaikan anugerah tersebut. Yang turut hadir ialah Setiausaha Perdagangan dan Industri Filipina, Ramon Lopez dan Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (BAC), Joey Concepcion.

Terdahulu, Fernandes mewakili AirAsia menerima anugerah Sektor Integrasi Keutamaan Pelancongan ASEAN yang disampaikan oleh Duterte.

Ditanya sama ada AirAsia akan melibatkan diri dalam mengendalikan sesebuah lapangan terbang, Fernandes memberitahu bahawa syarikat itu tidak berminat.

Bagaimanapun katanya, AirAsia sentiasa menggalakkan dan menyokong para usahawan untuk mengambil alih lapangan terbang dan menswastakannya.

“Apa yang penting adalah apabila mereka membina atau membeli lapangan terbang, AirAsia akan menjadi satu daripada pengendali trafik di sana. Kami tidak menolak sebarang peluang perniagaan yang boleh memberikan kejayaan pada masa depan,” ujarnya. – UTUSAN

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain