Ketua Pegawai Eksekutifnya, Riad Asmat berkata, ia sei­ring dengan usaha AirAsia untukterus meningkatkan hubungan dari Kota Kinabalu dengan penerbangan terus harian ke Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam bermula 18 Januari 2019.

Katanya, dengan tambahan rangkaian dan peningkatan kapasiti, perkhidmatan baharu itu menandakan destinasi antarabangsa keempat AirAsia dari Kota Kinabalu selepas Bangkok, Macao dan Kunming.

“Tahun ini, AirAsia telah menerbangkan lebih 4.9 juta orang dari dan ke Sabah. Dengan pe­nerbangan harian antara Kota Kinabalu dan Bandar Seri Begawan, kami akan mengendalikan sebanyak 356 penerbangan mingguan dari Kota Kinabalu, hab kedua terbesar kami di Malaysia.

“Kami percaya laluan baharu ini akan terus meletakkan Nege­ri di Bawah Bayu sebagai destinasi pelancongan yang berkembang maju dan menyumbang kepada ekonomi tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Air­Asia pada Julai lalu, meluahkan kesanggupan untuk me­labur sebanyak RM20 juta bagi menaik taraf Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sekiranya dibenarkan kembali beroperasi di situ.

Dalam pada itu, AirAsia juga menawarkan tambang promosi termasuk semua dari Kota Kinabalu ke Brunei dengan tambang bermula RM36.

Tambang itu tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula dari 8 November 2018 hingga 18 November 2018 untuk tempoh perjalanan antara 18 Januari 2018 dan 30 Mac 2019.

Selain Kota Kinabalu, AirAsia juga terbang dari Kuala Lumpur ke Bandar Seri Begawan dengan 14 penerbangan seminggu.