Spencer Lee
Spencer Lee

Ketua Komersial AirAsia Berhad, Spencer Lee berkata, penerbangan dari Langkawi ke Shenzhen dan Johor Bahru ke Kuala Terengganu akan dilakukan tiga kali seminggu dan empat penerbangan seminggu ke Kuching .

Beliau berkata, bersempena dengan pengenalan laluan baharu itu, AirAsia menawarkan harga promosi bagi tambang sehala termasuk semua dengan RM59 untuk Johor Bahru-Kuala Terengganu, RM79 untuk Langkawi-Kuching dan RM99 untuk Langkawi-Shenzhen.

“Tiket dengan harga pro­­mosi termasuk semua bo­­leh ditempah mulai sekarang sehingga 7 Mei depan. Tempoh perjalanan bagi Johor Bahru ke Kuala Terengganu bermula pada 22 Jun 2017 sehingga 5 Jun 2018 manakala Langkawi ke Shenzhen dan Langkawi ke Kuching bermula pada 9 Ogos 2017 sehingga 5 Jun 2018.

“Ahli AirAsia BIG yang membuat tempahan sepanjang tempoh promosi akan menerima dua kali ganda mata ganjaran AirAsia BIG pada tambang asas,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambah Lee, peluasan rangkaian penerbangan se­jajar dengan komitmen AirAsia untuk menyediakan lebih banyak laluan dan sambungan ke semua destinasi utama.

Katanya, antara fokus utama Air­Asia adalah untuk memper­kenal dan menjadikan Langkawi sebagai hab antarabangsa.

“Sehubungan itu, kami beker­jasama de­ngan Lembaga Pem­bangu­nan Langkawi (LADA) un­­tuk memaparkan Langkawi sebagai destinasi pe­lancongan utama di China,” ujarnya.