Sunu

Ketua Pegawai Eksekutif Air­Asia Indonesia, Sunu Widyatmoko (gambar) menyifatkan perkara itu sekadar khabar angin dan laporan tersebut tidak betul.

Namun jelas beliau, pihaknya akan terus bekerjasama rapat de­ngan kerajaan Indonesia dan penguatkuasa undang-undang mengenai dasar baharu yang dilaksanakan itu.

“Sudah tentu perkara ini satu khabar angin dan sama sekali tidak betul. Selepas tragedi itu, memang ia memberi kesan jangka pendek kepada kami terutama dari segi sentimen pengguna tetapi pihak kami tidak menerima banyak pembatalan tiket.

“Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini saya melihat keyakinan pelanggan terhadap kami semakin pulih,” katanya selepas majlis pelancaran AirAsia ASEAN Pass di sini semalam.

Pesawat AirAsia QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura dilaporkan hilang lapan minit selepas berlepas pada pagi 28 Disember 2014.

Berdasarkan laporan media Indonesia, pesawat Airbus A320-200 itu membawa 138 penumpang dewasa termasuk tujuh orang anak kapal, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.

Ekoran itu, kerajaan Indonesia mengkaji semula dasar pengurusan penerbangan tambang murahnya dengan mengehadkan harga tiket minimum pada 40 peratus harga maksimum bagi mengelak ke­selamatan penerbangan terjejas aki­bat persaingan harga tiket antara pelbagai syarikat penerbangan.

Mengulas langkah mengukuh­kan kedudukan syarikat, Sunu berkata, AirAsia Indonesia akan terus memberi fokus kepada laluan domestik yang baharu diperkenalkan iaitu Lombok, Palembang dan Solo dengan mengunjurkan perolehan lebih baik tahun ini.

Katanya, AirAsia Indonesia merupakan penyumbang ketiga kepada keseluruhan perolehan kumpulan AirAsia selepas AirAsia Thailand.

“Kami juga sedang menimbang untuk memperkenalkan beberapa laluan baharu di Indonesia memandangkan Lombok mendapat sambutan menggalakkan dan Bali pula sangat popular,” katanya.

Sementara itu, Fernandes dalam sidang akhbar selepas majlis tersebut berkata, rantau ASEAN begitu penting kepada industri penerba­ngan tahun ini dengan pelancong dari China dan India dijangka terus meningkat.

“Tahun ini amat baik kepada industri penerbangan terutama de­ngan pertumbuhan utama bagi perjalanan jarak pendek antara negara ASEAN,” katanya. – UTUSAN