AirAsia
 

AirAsia Group Bhd. (AirAsia) dalam kenyataan berkata, sebaliknya, AirAsia bersama-sama dengan AirAsia X Bhd. (AirAsia X), akan memanfaatkan peruntukan berkanun untuk penyelesaian pertikaian di dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta Mavcom) untuk mendapatkan lebih daripada RM400 juta dalam tuntutan balas terhadap MASSB atau MAHB untuk kerugian dan kerosakan yang dialami oleh kedua-dua syarikat disebabkan gangguan operasi di KLIA2.

“MASSB tidak mematuhi atau memanfaatkan peruntukan statutori untuk penyelesaian pertikaian dalam Akta Mavcom dan tuntutan yang dibuat oleh adalah salah, tidak sah dan atau pramatang.

“Sehubungan itu, AirAsia telah memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan itu atas alasan di atas,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE