AINUL AZHAR AINUL JAMAL

Petronas dalam kenyataannya berkata, Ainul Azhar merupakan bekas Pengerusi serta Pengarah Schlumberger Malaysia dan memegang ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan elektrik daripada Universiti of Sussex, United Kingdom.

Setelah menamatkan pengajian pada tahun 1983 beliau berkhidmat di Jabatan Kerja Raya sebagai Ketua Jurutera yang bertanggungjawab bagi pemasangan radar untuk kem Angkatan Tentera Malaysia.

“Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Lapangan di Schlumberger pada 1984. Sepanjang tempoh 32 tahun bersama syarikat itu beliau te­lah berkhidmat dalam pelbagai tugas teknikal dan pengurusan di Indonesia, Perancis dan Kanada.

“Ainul Azhar turut memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di Schlumberger termasuk Pengarah Komunikasi Korporat di London dan Ke­tua Sumber Manusia Kumpulan Schlumberger WesternGeco dan Reservoir Ma­nagement Group,” kata Petronas di sini hari ini.

Ainul Azhar menjadi Pengerusi Schlumberger Asia Pasific pada 2010 hingga Jun 2013 dan jawatan terakhir beliau di syarikat tersebut adalah sebagai Pengerusi dan Pengarah Schlumberger Malaysia.