Anugerah itu diperkenalkan sempena Bulan Kesedaran Austisme Sedunia sebagai menghargai individu, media, organisasi dan persatuan autisme yang sentiasa menyokong golongan autistik.

Anugerah disampaikan oleh Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh dalam majlis yang berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat.

Hadir sama, Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid.

Sebanyak 12 kategori dipertandingkan termasuk Individu Autisme Terbaik, Tanggungjawab Sosial Autisme Persatuan Terbaik, Foto Autisme Terbaik, dan Media Sosial Autisme Terbaik.

Sementara itu wartawan Utusan Malaysia, Nursyamimi Saidi meraih Anugerah Kewartawanan Autisme Terbaik Kategori Akhbar melalui rencana Berkarya Cara Yuri Azzari.

Kesemua pemenang membawa pulang trofi beserta wang tunai RM1,000. - UTUSAN ONLINE