TNB ber­kata, Ahmad Badri me­rupakan lulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Uni­versity of Hull, United Kingdom dan turut memiliki Diploma Lanjutan (Pe­ngurusan Ladang) daripada Institut Teknologi Mara (ITM) .

Beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 29 tahun selepas menyertai Per­khidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1 Ogos 1989.

“Ahmad Badri juga berpe­ngalaman Iuas dalam bidang pengurusan ekonomi dan kewangan terma­suk pernah menjawat pelbagai jawatan di Kementerian Kewangan terma­suk Pengarah di Pejabat Belanjawan Negara; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pelaburan Strategik dan Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Pembiayaan, Ba­hagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Ke­wangan dan Aktuari,” katanya dalam kenyataan di Bursa Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Badri Mohd. Zahir, 58, dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan pa­da 12 September lalu.