Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic. Nazlee Khalifah berkata, pengenalan Affin Pembiayaan Pendidikan-i merupakan inisiatif bank untuk memenuhi keperluan pesat pasaran dalam segmen pendidikan.

“Ini adalah aspirasi kami untuk menambah nilai kepada pembangunan industri pendidikan negara menerusi produk pembiayaan syariah yang inovatif kepada para pelanggan.

“Skim ini adalah patuh syariah yang direka khas kepada individu yang berkelayakan untuk menerima bantuan kewangan sehingga RM150,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 15 tahun untuk pelan pendidikan mereka. Pembiayaan berkenaan diberikan kepada pelajar berumur 18 hingga 45 tahun yang mengikuti program diploma, ijazah sarjana muda dan pasca siswazah,” katanya dalam majlis pelancaran kerjasama strategik antara Affin Islamic dan MSU di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE