Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic, Nazlee Khalifah berkata, syarikat itu akan memberi pembiayaan berjumlah RM130.34 juta untuk projek tersebut selama 16 tahun melibatkan ladang solar seluas 39.65 hektar.

“Affin Islamic amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Gading Kencana bagi menyokong inisiatif kerajaan dalam projek kelestarian tenaga di Malaysia,” katanya dalam majlis perjanjian antara kedua-dua entiti itu di sini hari ini.

Majlis menandatangani perjanjian usaha sama strategik tersebut disaksikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ahmad Maslan. - UTUSAN ONLINE