“Kami tidak banyak mengalami perubahan dan mengurangkan portfolio pembangunan kami (sejak dua tahun lepas).

“Lazimnya, kami membuka dua pusat beli-belah (dalam setahun) namun kini kami hanya membuka satu sahaja, jadi per­belanjaan keseluruhan sebenar­nya lebih rendah,” katanya kepada pemberita selepas mesyua­rat agung tahunan di sini hari ini.

Ying Loo berkata, perbelanjaan modal itu akan digunakan untuk mengubah suai tiga cawangan beli-belah AEON iaitu di Bandar Utama dan Bandar Sunway, ke­dua-duanya di Petaling Jaya, Selangor serta di Tebrau City (Johor Bahru).

Beliau berkata, peruntukan itu juga akan dimanfaatkan untuk memperluaskan Pusat Beli-Belah Taman Maluri di Kuala Lumpur di samping membina pusat beli-belah baharu di Nilai, Negeri Sembilan, dan lain-lain.

Pusat Beli-Belah AEON di Nilai, yang sedang dibina, di­sasarkan dibuka pada suku pertama 2019.

Syarikat peruncitan Jepun itu kini mempunyai 35 cawangan beli-belah dan 27 kompleks beli-belah di seluruh Malaysia.

Sementara itu, Poh berkata, syarikat akan melancarkan perkhid­matan pembelian barangan ke­ perluan harian secara pandu lalu. ciri nilai tambah kepada perniagaan e-dagang sedia ada, untuk memperkukuhkan strategi pelbagai salurannya.

Perkhidmatan baharu itu, yang akan dilaksanakan di AEON Bukit Indah, Johor bulan depan, akan membolehkan pelanggan membeli barangan keperluan harian menerusi dalam talian dan mengambilnya secara pandu lalu, katanya.