Mohamad Yusrizal
MOHAMAD YUSRIZAL

Pengerusi CFM, Mo­hamad Yusrizal Yusoff berkata, kebanyakan aduan bagi kategori itu adalah disebabkan gangguan perkhidmatan internet diikuti masalah liputan 4G/ LTE yang kurang memuaskan di kawasan tertentu.

Menurut beliau, aduan me­ngenai masalah bil dan caj adalah yang paling banyak diterima di­ikuti kua­liti perkhidmatan, liputan, amalan tidak adil dan tiada liputan.

“Antara masalah yang sering dilaporkan adalah pertikaian bil, rebat atau pemulangan wang, caj yang tidak munasabah, caj perayauan antarabangsa, dan sistem bil yang tidak memuaskan.

“Selain itu, per­khid­matan selular kekal menjadi kategori aduan paling tinggi bagi tempoh empat tahun berturut-turut didorong oleh peningkatan langganan perkhidmatan selular mudah alih iaitu sebanyak 42.4 juta setakat suku ketiga 2017,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Yusrizal berkata, CFM menerima 4,746 aduan pada 2017, menurun sebanyak 37 peratus berbanding 7,556 aduan pada 2016.

Jelasnya, daripada jumlah itu CFM telah berjaya menyelesaikan sebanyak 86 peratus aduan dalam tempoh 15 hari.

Menurutnya, fokus CFM pada 2018 adalah untuk mencadangkan pelan penambahbaikan dalam menguruskan punca utama isu-isu pengguna secara cekap.

Katanya, CFM turut memantau rungutan melalui platform dalam talian secara lebih dekat agar dapat memahami setiap rungutan orang awam dan mendapatkan maklum balas daripada pengguna.

“CFM sentiasa berusaha untuk menjadi forum yang proaktif dan sentiasa berhubung dengan wakil-wakil pihak pembekal serta mencadangkan pelbagai inisiatif yang lebih berkesan bagi menangani isu-isu pengguna,” ujarnya.

Katanya, pengguna juga boleh terus membuat aduan kepada CFM sekiranya mempunyai masalah perkhidmatan komunikasi yang sukar untuk di­selesaikan walaupun telah berjumpa de­ngan penyedia per­khid­matan.

Menurutnya, pengguna boleh mengemukakan aduan kepada CFM menerusi portal aduan CFM www.complaint.cfm.org.my, hotline 1-800-18-2222, aplikasi mudah alih MY Mobile Rights, e-mel [email protected] atau datang ke pejabat CFM di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Cyberjaya.