KUALA LUMPUR, 26 MAC 2018 - Kestua Setiausaha Kementerian Kerja
 

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Zohari Akob (gambar) berkata, pencapaian itu sekali gus menunjukkan Malaysia berada di landasan yang betul bagi mencapai aspirasi Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) menjelang 2020, terutamanya dengan pencapaiannya dalam IBS dan Permo­delan Maklumat Bangunan (BIM).

Katanya, setakat ini sebanyak 264 buah syarikat pengeluar komponen IBS juga telah berdaftar dengan CIDB.

“CITP kini memasuki tahun ketiga pelaksanaannya dan ia merupakan satu pelan komprehensif bagi mentransformasikan industri pembinaan kepada sebuah industri moden, produktif dan mapan menjelang 2020.

“Dengan pencapaian yang telah diperoleh setakat ini, saya yakin visi, misi dan aspirasi pelan ini mampu dicapai dengan kerjasama kukuh antara sektor swasta dan kerajaan,” katanya dalam ucapan pembukaan Persidangan Transformasi Pembinaan Antarabangsa (ICTC) yang diadakan bersempena penganjuran Minggu Pembinaan Antarabangsa 2018 (ICW 2018) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif CIDB, Datuk Ir. Ahmad Asri Abdul Hamid.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Asri berkata, penubuhan Pusat myBIM pada tahun lalu merupakan antara usaha untuk meningkatkan penggunaan BIM dalam industri pembinaan.

Namun katanya, pe­nggunaan sistem baharu itu menghadapi cabaran antaranya kos perisian yang mahal dan kekurangan pekerja mahir bagi melaksanakannya.

“Bagi mengatasi ma­salah ini, Pusat myBIM menyediakan sebuah makmal untuk diguna pakai oleh pihak industri, selain itu pusat ini juga menyediakan latihan BIM untuk melatih tenaga kerja yang efisien,” katanya.

Beliau berkata, CIDB juga turut berhasrat mewujudkan Pusat myBIM Satelit di peringkat wilayah dan untuk permulaan CIDB akan mewujudkan pusat latihan BIM di enam buah Akademi Binaan Malaysia iaitu di Sintok, Kedah; Cheras, Kuala Lumpur; Johor Bahru, Johor; Kuala Berang, Terengganu; Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.