Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

50% PKS dijangka adaptasi e-dagang

Mustapa Mohamed melihat produk dipamerkan sempena majlis  prapelancaran 3
Mustapa Mohamed melihat produk dipamerkan sempena majlis prapelancaran Go Global Malaysia dan taklimat Majlis e-Dagang Kebangsaan di Kuala Lumpur, semalam. utusan/Halim Khalid

KUALA LUMPUR 15 Mac - Penerimaan e-dagang da­lam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) disasar berkembang 50 peratus menjelang tahun 2020 berban­ding 32 peratus tahun lalu didorong oleh peningkatan sektor perniagaan dalam talian.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, PKS dijangka menjadi pemacu pertumbuhan utama dalam industri e-dagang pada masa depan de­ngan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 11 peratus.

“Industri ini dijangka berkembang kepada RM114 bilion menjelang tahun 2020 atau 6.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berban­ding RM68 bilion atau 5.9 peratus KDNK pada tahun 2015,” katanya pada taklimat berkenaan Majlis e-Dagang Kebangsaan (NeCC) di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan; Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp.), Datuk Hafsah Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Per­dagangan Luar Malaysia (Matrade), Ir. Dr. Mohd. Shahreen Zainoo­reen Madros; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh.

Mustapa turut melancarkan inisiatif kerjasama strategik, Go Global Malaysia iaitu program latihan dan pendidikan oleh MITI, SME Corp. dan Google bagi membantu PKS tempatan meningkatkan pendapatan menerusi penglibatan digital.

Program dengan kerjasama Google, Alliance Bank, Mastercard dan Maxis itu akan membantu PKS membina keupayaan perniagaan, sambungan rakan kongsi digital, mempromosikan eksport antarabangsa dan berdaya saing di peringkat global.

Sejak penubuhan NeCC tahun lepas, sejumlah 3,247 syarikat te­lah terlibat dalam program e-dagang oleh Matrade, dengan 1,180 daripadanya berjaya disenaraikan di e-pasaran global sebagai me­ningkatkan ekosistem e-dagang rentas sempadan.

Selain itu, NeCC juga berjaya menubuhkan tiga hab penghantaran dan pengedaran serantau atau e-Fulfilment di Malaysia oleh Pos Malaysia, SnT Global Logistics Sdn. Bhd. dan terbaharu, YCH Logistics Sdn. Bhd. yang bekerjasama dengan Zalora.

Sistem baharu dikenali sebagai ezBiz Online (ezbiz.ssm.gov.my) turut diperkenalkan untuk mempermudahkan urusan pendaftaran perniagaan termasuk perniagaan dalam talian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain