Pengarah Urusannya, Marcus Chye berkata, jualan terbaik adalah Lamborghini Huracan Performante, berikutan terdapat barisan produk yang lebih baik pada tahun ini, seterusnya mencatat jualan yang lebih baik.

“Mengenai masa depan, jualan akan menjadi lebih baik pada suku pertama 2019 dengan pengenalan Aventador SVJ, yang dilancarkan tiga minggu lepas di Pebble Beach, California, berikutan ia telah menerima 15 tempahan dan permintaan akan meningkat,” katanya kepada pemberita pada pelancaran bilik pamerannya yang telah diubah suai di sini hari ini.

Bilik pameran itu menunjukkan keperluan kepada ruang yang lebih luas dengan pengembangan barisan model syarikat itu baru-baru ini.

Ia mempunyai keluasan 12,494 kaki persegi dengan tujuh ruang servis dan kompleks itu merupakan bilik pameran terbesar Lamborghini Kuala Lumpur.

Bernilai RM3 juta, ia juga adalah pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) di Glenmarie, destinasi bagi kereta mewah.

Ketua Pegawai Eksekutif Automobili Lamborghini Asia Pasifik, Matteo Ortenzi berkata, Lamborghini merupakan jenama yang kukuh dan terkenal di seluruh dunia, dan persekitaran baharu itu adalah demonstrasi yang amat ketara.

“Kami komited untuk membina rangkaian pengedar yang kukuh yang dapat menghubungkan jenama kami kepada pelanggan baharu dan yang setia,” kata Ortenzi.

Terdapat 300 Lamborghini di Malaysia, termasuk import selari, walaupun kereta ini berbeza dari segi sokongan teknikal selepas jualan, katanya.

Sementara itu, Chye berkata, pelanggan akan biasa dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh kerajaan, menyatakan akan memberi impak kecil disebabkan Lamborghini adalah belian yang diimpikan. – BERNAMA