AMINAR RASHID SALLEH
AMINAR RASHID SALLEH 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, pihaknya kini sedang giat berusaha bagi mengurangkan tempoh menu­ng­gu kepada jangka masa yang lebih wajar.

Buat masa ini kata beliau, Perodua masih belum dapat memberikan tempoh masa sebenar bila penghantaran akan dibuat.

“Bahagian pengeluaran telah memulakan operasi dan proses penghantaran akan bermula ti­dak lama lagi. Kami amat bersyukur kerana rakyat Malaysia terus menyokong Perodua walaupun berdepan isu yang tidak diingini seperti ini.

“Kami memohon maaf kepada pelanggan yang terjejas kerana terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan kenderaan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Aminar, Perodua te­­lah menjual 168,200 buah ken­de­­raan bagi tempoh Januari hingga September lalu, meningkat 11 peratus berbanding 151,600 buah yang dijual bagi tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, kenai­k­an itu dipacu oleh sam­butan positif untuk Myvi baharu serta model-model yang lain seperti Axia dengan jum­lah jualan sebanyak 53,700 buah, Bezza (38,100 buah) dan Alza (18,400 buah).

“Bagaimanapun, Perodua ha­nya menjual kira-kira 9,500 buah kenderaan pada September berikutan pengeluaran Myvi baharu yang terpaksa dihentikan buat sementara.

“Kami menjemput para pelanggan me­ngunjungi bilik pa­meran dan mendapatkan maklumat daripada penasihat jualan Perodua yang sah bagi mengetahui lebih lanjut mengenai model serta promosi semasa kami,” katanya.

Perodua menghentikan operasi pengeluaran Myvi baharu pada Ogos lalu disebabkan oleh isu teknikal yang dihadapi oleh satu daripada vendornya.