CHULJIN YOON
CHULJIN YOON

Ketua Pegawai Operasinya, Chuljin Yoon berkata, jumlah tempahan bagi produk global syarikat itu juga meningkat dua kali ganda pada tahun ini berbanding 2016.

Katanya, tempahan produk luar negara paling banyak diterima adalah produk dari China, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

“Jumlah tempahan bagi produk dari China meningkat sembilan kali pada tahun ini dengan lebih 70 peratus membabitkan segmen produk penambahbaikan kediaman serta penjagaan kesihatan.

“Produk global lain yang menerima permintaan tinggi termasuk kamera kereta, beg kosmetik dan barangan elektronik,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen Shoc­king? Yes! di sini hari ini.

Kempen itu telah dilancarkan oleh Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri Ter Leong Yap.

Yoon berkata, 11street juga akan menawarkan sebanyak 100,000 produk jaminan harga terendah serta kos penghantaran percuma bagi pembelian melebihi RM29 di bawah segmen ‘Tawaran Mengejutkan’ yang bermula pada 1 November sehingga 31 Disember 2017.

“Kempen ber­ke­naan bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis produk kepada para pelanggan malah mendorong pertumbuhan industri e-dagang di Malaysia.

“Antara jenama yang mengambil ba­hagian termasuk Banila Co., Caring Phar­macy, Tesco dan banyak lagi,” katanya.

Sejajar kedudukan 11street sebagai pasaran dalam talian nombor dua di negara ini, portfolio perniagaan portal itu semakin berkembang dan mempunyai lebih 40,000 penjual, 14 juta produk yang tersenarai serta 16 juta purata kunju­ngan bulanan.