Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Cheong Chia Chou berkata, tawaran itu bagi memenuhi kehendak 15.2 juta pe­langgan dalam talian di Malaysia.

Katanya, 11street akan memulakan penjualan dengan Madness Category Sales dari 29 Oktober hingga 10 November ini yang mana pelanggan boleh mendapatkan produk dan perkhidmatan pada harga yang mengejutkan.

“Sepanjang tempoh ini, pro­duk daripada kategori Teknologi (peranti mudah alih, teknologi maklumat, barangan elektro­nik), Kecantikan (ke­sihatan dan kecantikan, fe_syen), Keluarga (barangan runcit, bayi dan kanak-kanak, kediaman dan kehidupan) serta Ga­ya Hidup (e-Baucar, buku, sukan, hobi dan hadiah) ditawarkan pada harga rendah yang luar bi­asa.

“Semua orang meng­gemari diskaun, khususnya dengan penurunan harga yang besar, maka penjimatan juga lebih di samping ganjaran kepada para pelanggan 11street sebagai penghargaan di atas sokongan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tempoh kemuncak kempen itu adalah Madness Heaven bermula dari 11 hingga 14 November ini dengan diskaun produk sehingga 90 peratus, jualan kilat serta tawaran di bawah RM11. Bagi menghargai para pelanggan setia, 11street akan melanjutkan tempoh jualan The Madness Continues untuk produk-produk terpi­lih yang ditawarkan pada harga amat kompetitif.

Chia Chou berkata, 11street sedar bahawa akhir tahun merupakan tempoh keba­nyakan rakyat Malaysia akan berbelanja lebih memandangkan musim perayaan bakal tiba.

“Peka akan perkara tersebut, kami memutuskan untuk meng­anjurkan sebuah kempen selama sebulan untuk mengurangkan sebahagian beban yang ditanggung pelanggan dan membawakan semula elemen kese­ronokan dalam membeli-belah,”katanya.

Antara jenama yang mengambil bahagian termasuk Fujifilm, Nestle, Nivea, Oppo, Pentoli, PBH eStore, Pediasure, Pokka, RB Home Care, Samsung, SilkyTrend, Skechers, Soon Thye Hang, Super Malaysia, Sustagen dan Watsons.