AZHAR ABDUL HAMID
AZHAR ABDUL HAMID 

Pengerusi FGV, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata, daripada jumlah itu dua calon adalah daripada FGV sendiri.

Beliau berkata, pihaknya berharap dapat memuktamadkan seterusnya membuat pengumuman mengenai CEO baharu dalam masa terdekat.

“Pelantikan CEO baharu adalah penting kerana syarikat memerlukan seorang ketua untuk mengetuai operasi.

“Saya berharap ia akan diumumkan secepat mungkin,” katanya kepada pembe­rita dalam Persidangan Pelabur Malaysia: Permulaan Baharu 2018 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin.

Pada 18 September lalu, Zakaria meletakkan jawatannya selepas digantung tugas pada 13 September.

FGV menjelaskan bahawa penggantungan itu berikutan berakhir­nya siasatan dalaman mengenai 10 isu kritikal yang meng­akibatkan kerugian kewangan kumpulan dan pemegang sahamnya.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, FGV merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepen­tingan minoriti (PATAMI) seba­nyak RM144 juta berbanding RM31 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

FGV turut mencatat peningkatan 60 peratus bagi keuntungan sebelum cukai kepada RM417 juta berbanding RM260 juta pada 2016 didorong oleh pres­tasi memberangsangkan daripada sektor perladangan dan logistik serta lain-lain (LO).