1. Pengisytiharan tidak tepat GST-03 (Ruang 12)

Peniaga yang mendapat pengecualian separa, wajib mengisytiharkan semua faedah pendapatan yang diterima menerusi deposit yang diletakkan di mana-mana institusi kewangan di Malaysia serta sebarang keuntungan atau kerugian akibat penukaran mata wang asing. Sekiranya terdapat kerugian akibat penukaran mata wang asing, ia harus diisytiharkan sebagai sifar.

2. Menuntut kredit cukai input disekat ke atas kenderaan penumpang

Cukai input hanya boleh dituntut sekiranya kenderaan digunakan untuk tujuan perniagaan, didaftarkan atas nama syarikat dan tidak digunakan untuk kegunaan persendirian.

3. Menuntut pelepasan hutang lapuk/ cukai input tidak dibayar

Pelepasan hutang lapuk diberikan pada perniagaan yang tidak mendapat bayaran (di mana GST sudah dibayar) 6 bulan daripada tarikh pembekalan pada orang yang telah mendaftar GST. Perniagaan juga mesti menunjukkan terdapat usaha untuk menuntut hutang dan menyimpan rekod secukupnya pemiutang yang terlibat dalam tuntutan ini.

Ia boleh dituntut serta-merta selepas tamat 6 bulan tarikh pembekalan. Notis 30 hari mesti dibekalkan untuk tuntutan bukan serta-merta.

4 Menuntut cukai input daripada invois cukai tidak sah

Invois cukai ringkas boleh dihantar untuk jumlah cukai tidak melebihi RM30, manakala invois lengkap diperlukan untuk jumlah yang lebih tinggi. Invois bertulis tidak akan diterima.

5. Invois cukai yang tidak dikeluarkan selepas penerimaan bayaran

Setiap perniagaan yang berdaftar GST mesti mengeluarkan invois cukai terhadap pembeli dalam tempoh 30 hari pembayaran separa atau penuh.

6. Dokumen tidak lengkap untuk membuktikan eksport barangan

Pembekal boleh meletakkan kadar sifar ke atas barangan eksport asalkan semua borang berkaitan dilengkapkan. Borang yang diguna pakai adalah berbeza mengikut eksport barang ke berlainan tempat/gudang/Zon Komersial Bebas.

7. Tidak mematuhi pendaftaran GST

Perniagaan dengan perolehan cukai tahunan melebihi RM500,000 (sama ada semasa atau dijangka) dalam tempoh percukaian wajib mendaftar untuk GST. Perniagaan mempunyai tempoh 28 hari untuk mendaftar daripada tarikh perolehan atau dijangka untuk mencapai jumlah tersebut.

8. Perakaunan tidak tepat untuk cukai output hadiah

Cukai output hanya dikira untuk hadiah (termasuk sebagai bekalan/pembelian yang diberikan secara percuma), yang berjumlah lebih daripada RM500.

9. Tidak mengenakan caj cukai output apabila melupuskan aset perniagaan

Pelupusan aset mestilah berdasarkan nilai pasaran terbuka dan tertakluk pada GST. Sekiranya aset diberikan secara percuma, hanya yang bernilai lebih RM500 perlu dimasukkan ke dalam cukai output.

10. Tidak jelas perbezaan antara Pembayaran Balik (Reimbursement) dan Pembayaran Perbelanjaan (Disbursement)

Pembayaran Balik adalah apabila perniagaan menanggung perbelanjaan utama untuk pelanggan. Ia dianggap sebagai pembekal dan untuk itu layak tuntutan cukai input. Pembayaran Perbelanjaan pula apabila perniagaan menanggung perbelanjaan sebagai ejen dan tidak layak untuk tuntutan cukai input.

Apabila menguruskan hal berkaitan Audit GST Kastam, dua perkara utama yang harus diberikan perhatian adalah invois cukai dikeluarkan untuk setiap transaksi dan harga yang dipaparkan pada invois cukai adalah termasuk 6% GST. Amatlah penting untuk syarikat memastikan pemeriksaan menyeluruh telah dilakukan untuk mengelak daripada sebarang penalti.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan lain, sila layari www.yycadvisors.com atau e-mel YYC & Co. di [email protected] atau hubungi talian 019-3686868.

Yap Shin Siang adalah Rakan Kongsi Pengurusan firma YYC & Co