Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, latihan bersubsidi yang dijalankan di Pusat myBIm
meliputi pelbagai tahap latihan dan kemahiran BIM.

"Subsidi-subsidi ini disediakan oleh kerajaan sebagai satu daripada cara untuk mengurangkan kos yang tinggi dalam mengaplikasikan sistem baharu ini terutamanya bagi perusahaan kecil dan sederhana," katanya dalam teks ucapan perasmian Hari BIM yang dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Zohari Akob di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Zohari Akob ketika membacakan teks ucapan perasmian Hari BIM 2018 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE