Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, pertumbuhan dalam sektor luaran terus disokong oleh pertumbuhan eksport barangan dan perkhidmatan yang kukuh pada 9.6 peratus berikutan permintaan tinggi bagi produk perkilangan dan komoditi.

"Dari segi penawaran, kesemua sektor ekonomi mencatat pertumbuhan dengan sektor perkhidmatan mencatat pertumbuhan lebih tinggi pada suku kedua manakala peningkatan dalam subsektor borong dan runcit didorong oleh perbelanjaan isi rumah yang lebih tinggi," katanya dalam sidang akhbar prestasi ekonomi suku kedua 2017 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE