Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Mark Lim berkata, industri secara keseluruhannya menunjukkan daya tahan positif disebalik penurunan hampir dua peratus pada separuh pertama tahun lalu.

Kata beliau, insurans kenderaan menjadi penyumbang terbesar dengan premium sebanyak RM8.32 bilion sementara insurans kebakaran mencatatkan premium RM3.41 bilion.

“Segmen perubatan dan kesihatan meningkat tujuh peratus dengan jumlah premium sebanyak RM1.1 bilion.

“Bagaimanapun insurans bagi marin, penerbangan dan transit mencatatkan penurunan 14.6 peratus susulan kelemahan dalam sektor minyak dan gas,” katanya dalam pembentangan prestasi industri insurans am 2017 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE