Pengasas YSV, Yasmien Aiezzam berkata, bagi memastikan YSV Reshape Your Body berjaya diedarkan sepenuhnya kepada pelanggan, syarikat tersebut kini memiliki 20 stokis dan 200 ejen di seluruh negara.

Katanya, berdasarkan per­kembangan positif dan strategi pemasaran itu, pihaknya menyasarkan lebih 100,000 kotak YSV Reshape Your Body bakal terjual menjelang penghujung tahun ini.

“Sasaran itu mampu dicapai memandangkan keunikan produk kami di samping maklum balas pengguna yang rata-rata berpuas hati dengan keberkesanannya.

“Setakat ini, ejen dan stokis-stokis utama sedang agresif memasarkan produk tersebut di seluruh negara,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Yasmien, produk keluaran syarikatnya telah menjalani pemeriksaan ketat dan dihasilkan di kilang yang mendapat pengiktirafan Amalan Perkilangan Baik (GMP) serta mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Selepas tiga bulan mencipta formula ini, saya terus tidak menang tangan dan terpaksa berhenti sebagai guru kerana mahu serius dalam bidang perniagaan,” katanya.