Harga tawaran berkenaan adalah 23.5 sen lebih rendah berbanding 39.5 sen pada tengah hari tadi.

Maklumat pasaran saham menunjukkan sebanyak 270.54 juta saham atau 64.2 peratus yang dimiliki oleh VXL Holdings Sdn. Bhd. akan dijual pada harga 16 sen sesaham.

Dataprep menerima notis pengambilalihan daripada Wardah Communications Sdn. Bhd. yang telah mengambil alih saham daripada VXL Holdings.

Dataprep memberitahu bahawa syarikat itu sedang mencari penasihat bebas untuk menasihati para pengarah dan peme­gang saham berhubung dengan tawaran berkenaan.

Dataprep menawarkan per­khid­matan berasaskan IT kepada pelbagai pelanggan seperti industri, kerajaan, pendidikan, te­lekomunikasi, institusi kewangan dan produk.

Sementara itu Widad Business Group mempunyai 1,500 pekerja dan terlibat dalam segmen berkaitan pengurusan kemudahan berintegrasi, pembinaan, pembangunan hartanah, hotel, penerbitan dan media, akuakultur dan konsultan kejuruteraan.

Ikmal memainkan peranan penting dalam pengemba­ngan Kumpulan Widad yang kini mempunyai institusi pengaj­i­an tinggi iaitu Kolej Universiti Widad dan Kolej Widad.