PMB berkata, Wan Sazriz mengambil alih tanggungjawab Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, yang memegang jawatan sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pelaburan Mara Berhad.


“Beliau mempunyai pengalaman lebih 17 tahun dalam pengurusan tertinggi syarikat di mana empat tahun kebalakangan ini, beliau telah berkhidmat untuk Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) sebagai Ketua Program, Carve Out & Compete, Perkhidmatan Kewangan dan Projek Khas serta bertanggungjawab bagi memastikan penglibatan bumiputera dalam pembangunan ekonomi dan melaksanakan dasar berasaskan intervensi, penciptaan permintaan, pembangunan kandungan, strategi korporat, pembinaan kapasiti dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE