Sedan melengkung di bahagian bumbung yang dibina pada era Nazi Jerman itu telah menjadi fenomena automotif global, dan kini diketepikan ketika Volkswagen lebih menumpukan kepada kenderaan elektrik dan berorientasikan keluarga.

Syarikat itu masih berusaha untuk membuka buku baharu selepas terlibat dalam skandal ‘dieselgate’ pada 2015.

“Ketika kita beralih menjadi pengeluar kereta untuk keluarga di Amerika Syarikat dan menumpukan kepada strategi mengeluarkan kenderaan dikuasakan elektrik... tidak ada rancangan segera untuk menggantikannya,” kata Ketua Eksekutif Volkswagen Group of America, Hinrich Woebc­ken dalam satu kenyataan.

“Tetapi, saya juga akan berkata, jangan pernah mengatakan tidak,” kata beliau.

“Kehilangan Bettle selepas tiga generasi dengan hampir tujuh dekad akan membangkitkan pelbagai emosi dalam kalangan peminat setia kenderaan itu,” kata Woebcken.

Volkswagen merancang untuk menawarkan dua model edisi akhir dalam kedua-dua gaya coupe serta boleh tukar.

Kereta baharu tersebut akan hadir dengan reka bentuk yang menyerupai versi terdahulu pada harga bermula AS$23,045 (RM95,304), kata syarikat tersebut.

Sejarah kenderaan itu kembali semula ke era Nazi, ketika dibangunkan oleh Ferdinand Porsche dengan sokongan Adolf Hitler yang pada 1937 untuk menubuhkan Volkswagenwerk atau bermaksud ‘syarikat kereta rakyat’.

Selepas tamat perang, tentera negara Bersekutu menjadikan Volkswagen sebagai satu keutamaan dalam usaha untuk menghidupkan semula industri automotif di Jerman. – AFP