VjQyZkBj

Oleh ZULQURNAIN 
OTHMAN

[email protected]

ALOR SETAR 10 Okt. – Kempen Minggu Mena­bung Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) pe­ringkat negeri di sini hari ini mendapat sambutan mengga­lakkan apabila berjaya mencapai kutipan simpanan melebihi sasaran yang ditetapkan.

Pengerusi Perba­da­nan Ta­bung Pen­didikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan berkata, kempen yang dilancarkan Sabtu lalu ba­gi peringkat nasional itu berjaya mengu­tip simpanan pendeposit ber­jumlah kira-ki­ra RM98,000.

“Untuk Alor Setar, kita sasarkan seba­nyak 80 akaun baharu dan simpanan seba­nyak RM80,000 bagaimanapun kutipan meningkat sehingga RM98,000.

“Pencapaian ini me­­­­nun­­jukkan per­kem­bangan ya­ng membanggakan apa­bila jumlah tersebut dicapai tidak sampai separuh hari program berlangsung dan kita harap jumlah simpanan pendeposit akan terus me­ningkat,” katanya selepas merasmikan kempen tersebut di Alor Setar Mall di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pe­ngurus Besar PTPTN Kedah, Muhammad Muhsin Abdul Rahman.

Wan Saiful berkata, setakat Ogos tahun ini, terdapat kira-kira 310,000 akaun SSPN sudah dibuka dengan nilai simpanan pendeposit mencecah RM160 juta dicatatkan di Kedah.

“Banyak insentif kita berikan kepada pendeposit seperti geran sepadan yang mana jika ibu bapa mempunyai anak berusia tujuh hingga 12 tahun menyimpan sebanyak RM500, kita akan tambah lagi RM500 dalam masa bulan,” katanya.

Tambahnya, pihaknya turut mengadakan cabutan bertuah yang diadakan secara bulanan, sukuan dan tahunan bagi menarik orang ramai me­nyimpan melalui skim tersebut.

“Banyak manfaat yang kita sedia­kan kepada golongan ibu bapa yang menyimpan me­nerusi SSPN-i Plus termasuk hadiah bernilai lebih RM2 juta selain daripada potongan cukai se­hingga RM6,000,” je­lasnya.

Dalam pada itu, Muhammad Muhsin berkata, kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan me­nabung serta perancangan kewa­ngan untuk masa ha­dapan anak-anak bagi tujuan pendidikan tinggi perlu ditingkatkan.

Justeru, katanya, pi­haknya komi­ted melaksanakan program Menabung SSPN 2018 agar objektifnya dapat dicapai semua pihak.

“Fungsi PTPTN bu­kan sekadar memberi pinjaman semata-mata malah turut menjadi institusi yang menyediakan skim penabungan yang terbaik.

“Menerusi skim ini, orang ramai berpeluang menabung serendah RM30 sebulan bersamaan RM1 seha­ri dan ini dapat memupuk budaya menabung yang lama-kelamaan akan menjadi tabiat,” katanya.