Perodua Myvi baharu dibuka untuk tempahan esok
 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, Myvi baharu itu berharga di antara RM44,300 hingga RM55,300 sebuah.

Beliau berkata, Myvi serba baharu melambangkan segala pendirian Perodua yang mengutamakan keselamatan dan ciri-ciri yang memudahkan pemanduan.

“Model ini dilengkapi enjin 1.3 liter dan 1.5 liter dan merupakan kenderaan cekap tenaga EEV.” Katanya. - UTUSAN ONLINE.

LOGO Myvi baharu yang dilancarkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh di Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN ONLINE