Yang Dipertua Perdasama Kuala Lumpur, Datuk Mohd Fauzi Zakaria berkata, untuk permulaan, ESCB alan memasang LED papan iklan di kawsan Bandaraya Kuala Lumpur dan seterusnya projek ini berterusan di sekitar Lembah Klang dengan lebih 120 paparan LED.

“Perdasama turut akan bekerjasama cawangan negeri lain dalam membantu ahlinya dan usahawan tempatan dalam memasarkan produk mereka.

“Kita harap menerusi produktiviti pengiklanan produk bagi usahawan PKS ini akan berjaya meningkatkan hasil ekonomi usahawan seterusnya menyumbang kepada pemesatan ekonomi negara,” ujarnya kepada Utusan Online selepas menandatangani MoU berkenaan di Ibu Pejabat Utusan Melayu (Berhad) di sini hari ini.

Dalam majlis MoU itu, Mohd Fauzi mewakili Perdasama Kuala Lumpur dan ECSB diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sheon Soo Huan sambil disaksikan Presiden Perdasama, Tan Sri Matshah Safuan.

Menurut Mohd Fauzi, Koperasi Usahwan Kuala Lumpur Berhad (KUKLB) akan menguruskan bahagian pemasaran dalam membantu ahli Perdasama mengembangkan perniagaan mereka.

“Degan adanya koperasi itu, kita dapat menggalakkan ahli-ahli untuk melabur dalam koperasi seterusnya mereka akan menerima imbuhan daripada pelaburan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Soo Huan memberitahu,lima LED papan iklan telah distrukturkan yang akan memulakan penyiaran pada 15 September ini dan 20 lagi akan bersiaran pada Oktober nanti.

Katanya, baki selebihnya sebanyak 95 LED papan iklan akan disiapkan pada Jun tahun hadapan.

“Misi ECSB adalah untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan terutamanya usahawan PKS dengan menyediakan platform penjenamaan dan promosi,” katanya.- UTUSAN ONLINE