Pesawat tersebut berlepas dari Pusat Fasiliti Airbus Toulouse, Perancis pada pukul 1.30 petang (waktu tempatan) semalam.

Majlis meraikan ketibaan pesawat itu diadakan Kompleks Kejuruteraan Pesawat MAB dengan dihadiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Kapten Izham Ismail dan Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche.

MAB telah menempah sebanyak enam pesawat A350-900 XWB daripada Airbus dan bakal menerimanya secara berperingkat-peringkat dalam suku kedua tahun 2018. - UTUSAN ONLINE