Melalui kempen itu, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai produk terpilih yang dijual di laman webnya seperti barangan elektronik, pekakasan rumah dan banyak lagi dengan harga serendah RM 1.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hans-Peter Ressel, menerusi acara extravaganza tersebut, Lazada Malaysia menawarkan lebih 90 juta produk daripada pelbagai syarikat dan jenama dengan penjimatan sehingga 90 peratus.

Katanya lagi, Lazada Malaysia yang mengutamakan barangan berkualiti serta harga yang berpatutan itu akan memastikan setiap pembeli yang menjalankan urusan secara atas talian berpuas hati.

"Melalui laman web kami, pembeli boleh melihat penilaian daripada pembeli lain dan perkara itu sebenarnya merupakan salah satu cara kami untuk membina kepercayaan dalam kalangan pembeli.

“Selain itu, kempen ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat untuk memberikan pengalaman membeli-belah dalam talian yang terbaik kepada pengguna," katanya selepas merasmikan kempen itu di Sheraton, Petaling Jaya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia, Andrew Gnananantham.

Mengulas lanjut tentang kempen itu, Hans memberitahu bahawa orang ramai sudah boleh melayari laman web mereka di www.lazada.com.my dan mula menempah barangan yang dikehendaki ke senarai pilihan.

"Semoga dengan tawaran hebat daripada kami mampu merealisasikan cita-cita anda untuk memiliki barang idaman tanpa perlu anda keluar dari rumah dan membelinya secara atas talian sahaja," katanya. - UTUSAN ONLINE

Video oleh LOKMAN HAKIEM ABD. SAMAD