Pengarah Urusan VCM, Lennart Stegland berkata, perkhidmatan berkenaan meliputi insurans, cukai jalan, kos penyelenggaraan dan jaminan.

Pada penghujung perjanjian pelanggan diberi pilihan sama ada untuk memilih model baharu, membeli kereta pada harga pasaran atau dengan Nilai Jaminan Masa Hadapan (FGV) atau memulangkannya kepada pengedar.

“Falsafah kami berkisar kepada keperluan masyarakat sekeliling berkenaan apa yang mereka inginkan. Dengan Volvo Car Leasing mereka mampu untuk memilih model yang sesuai dengan keperluan semasa atau mengikut citarasa masing-masing dan menukar model lain sekiranya mahu berbuat demikian.

“Program ini adalah untuk semua model kereta Volvo yang dijual di Malaysia. Pelanggan kini boleh membawa pulang Volvo baharu dengan bayaran bulanan serendah RM2,762 termasuk pakej insurans yang komprehensif, cukai jalan dan kos pembaikan,” katanya dalam kenyataan di sini.