Menurut Utusan Melayu, pi­hak pengurusan komited dalam melaporkan berita secara lebih seimbang, beretika dan bertanggungjawab tetapi akan terus kritis demi kepentingan masyarakat.

“Usaha berterusan dalam me­ra­sionalisasi kos operasi akan te­rus diperhebatkan. Transformasi ke arah media digital akan terus dilaksanakan dengan lebih agresif dan ini melibatkan semua produk-produk kumpulan termasuk akhbar dan majalah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Utusan Melayu dan anak-anak syarikatnya (kumpulan) mencatatkan pengurangan kerugian sebelum cukai sebanyak RM16.9 juta daripada RM23 juta bagi suku pertama 2017 kepada RM6.1 juta bagi tempoh sama 2018.

Penurunan kerugian ini dise­babkan oleh pendapatan daripada projek pembekalan tablet kepada guru-guru yang masih lagi dite­ruskan untuk tahun 2018.

Dalam pada itu, pendapatan daripada segmen penerbitan, pe­ngedaran dan pengiklanan mening­kat sebanyak 32.6 peratus.