Pengarah Matrade Sarawak, Leany Mokhtar berkata, ia juga berperanan sebagai saluran mempromosi produk tempatan bagi menggalakkan perkembangan per­usahaan negeri ini, sekali gus me­lonjakkan jumlah eksport produk domestik ke global.

“Ambilah peluang ini agar perusahaan anda dapat berkembang ke peringkat yang seterusnya. Malah, saban tahun Matrade mengalu-alukan pembabitan usahawan tempatan.

“Di Sarawak, kita akan menghantar seramai lapan sehingga 11 usahawan setiap tahun. Apa yang pasti kesemua produk itu berpotensi besar untuk dipasarkan selain memiliki kriteria serta standard yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan taklimat khas usahawan Sarawak bersama wakil Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kementerian Perdagangan Antarbangsa dan Industri (MITI) dan Matrade di sini hari ini.

Pameran perdagangan halal global kali ke-15 itu akan diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) mulai 4 hingga 7 April ini dengan lebih 800 penyertaan termasuk dari Thailand, Indonesia, Taiwan, China dan Filipina.

Mengulas penyertaan usahawan negeri itu kali ini, Leany berkata, ia banyak melibatkan perusahaan minuman dan makanan (F(amp)B).

“Ini termasuk pes makanan, sambal Pak Leman serta produk minuman 3 in 1. Ini jelas menampakkan betapa bersemangatnya usahawan Sarawak untuk meninjau lebih ba­nyak peluang peniagaan luar menerusi MIHAS 2018,” katanya.

Lapan syarikat Sarawak yang menyertai MIHAS 2018 adalah Foodtake Industries Sdn. Bhd, Kit Hin Company Sdn.Bhd, Qalha Enterprise, RN Keluarga, MUSC Food Industries Sdn.Bhd, Sixteen Twentynine Sdn Bhd, SPL Food Industries Sdn. Bhd dan Nicchi Beauty Company.