Sunway dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, syarikat itu berkata hasil untuk suku yang sama bagaimanapun merosot 12.3 peratus kepada RM1.12 bilion berbanding RM1.28 bilion tahun lepas disebabkan oleh sumbangan yang rendah daripada semua segmen perniagaan, kecuali pelaburan hartanah dan penjagaan kesihatan.

Mengenai prospek, kumpulan itu yang akan meneruskan pendekatan yang lebih bijak dalam melaksanakan strategi perniagaannya, yakin perniagaan yang pelbagai dan sinergi berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi cabaran ekonomi dan memanfaatkan peluang yang mungkin muncul.

Oleh itu, kedudukan kewangan kumpulan berkenaan tahun ini dijangkakan terus memuaskan, jika tiada sebarang halangan. - BERNAMA