Pharmaniaga dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, perolehan meningkat 27.2 peratus kepada RM786.11 juta daripada RM617.92 juta bagi tempoh yang sama.

Katanya, prestasi itu didorong peningkatan permintaan daripada hospital kerajaan dan swasta di Malaysia serta Indonesia.

“Prospek bagi Pharmaniaga kekal cerah memandangkan syarikat ini memanfaatkan asas kukuhnya untuk mengembangkan perniagaan konsesi dan bukan konsesi,” katanya di sini hari ini.

Pharmaniaga menyasarkan untuk memperkukuh kedudukan pasaran dalam sektor swasta menerusi inisiatif pemasaran strategik.

“Kami juga menumpukan langkah pengukuhan operasi Indonesia dengan memanfaatkan potensi luas pasaran ini.

“Melangkah maju, Pharmaniaga akan terus mencari peluang dalam sektor penjagaan kesihatan di dalam pasaran domestik dan antarabangsa untuk mencapai pertumbuhan mampan bagi jangka panjang,” kata syarikat itu. - BERNAMA