KUALA LUMPUR , 14 MEI 2014 - CEO Downstream Kumpulan Petronas
Wan Zulkiflee Wan Ariffin

Syarikat minyak negara itu juga mencatat peningkatan 15 peratus bagi pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) kepada RM52.2 bilion berbanding RM45.2 bilion bagi tempoh sama 2017 manakala perolehan pula meningkat lapan peratus kepada RM117.2 bilion berbanding RM108.1 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, ini memboleh­kan Petronas membayar di­viden seba­nyak RM24 bilion kepada kerajaan pada tahun ini, 50 peratus lebih tinggi berbanding unjuran tahun lalu iaitu RM16 bilion.

Katanya, prestasi yang baik itu didorong oleh fokus berterusan kumpulan dalam memacu kecemerlangan operasi dan pelaksa­na­an inisiatif menambah baik perniagaan disokong peningkatan harga komoditi dan peningkatan margin.

“Kumpulan dapat mencatat pencapaian yang cemerlang pada separuh pertama tahun ini dan berupaya mengekalkan kos operasi yang stabil pada RM400 juta, kurang berbanding separuh pertama tahun lalu.

“Malah, kami juga merekodkan peningkatan lima peratus dalam aliran tunai daripada akti­viti operasi kepada RM41.7 bilion berbanding RM39.5 bilion bagi tempoh sama tahun sebelum­nya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Petronas, Datuk Ahmad Nizam Salleh; Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewa­ngan Kumpulan Petronas, Datuk George Ratilal; Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (Hiliran), Datuk Md. Arif Mahmood dan Naib Presi­den Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (Huluan), Datuk Mohd. Anuar Taib.

Jumlah aset Petronas meningkat kepada RM610.7 bilion setakat 30 Jun 2018 daripada RM599.8 bilion pada 31 Disember 2017 didorong oleh tunai yang tinggi dan pelaburan dana.

Bagi pencapaian suku kedua 2018, perolehan Petronas mening­kat 15 peratus kepada RM59.2 bi­lion berbanding RM51.6 bi­lion untuk tempoh sama 2017 didorong oleh harga purata direalisasikan lebih tinggi yang diraih produk petroleum dan minyak mentah serta pemeluwapan di sam­ping kesan kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Keuntungan selepas cukai (PAT) pula meningkat 94 peratus kepada RM13.6 bilion berban­ding RM7 bi­lion manakala EBITDA meningkat 32 peratus kepada RM27.2 bilion berbanding RM20.6 bilion.

Menurut Wan Zulkiflee, kumpulan menjangkakan perbelanjaan modal (capex) pada tahun ini adalah antara RM40 hingga RM50 bilion.

Katanya, pelaburan modal kumpulan dalam tempoh enam bulan ini juga berjumlah RM19.8 bilion dengan sebahagian besar diperuntukkan bagi projek Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC).

Beliau berkata, pada 2019, Petronas akan merancang segala perbelanjaannya dengan bersandarkan kepada purata harga minyak dunia pada AS$66 (RM272.36) setong, lebih rendah berbanding AS$73 (RM301.24) setong tahun ini.

“Bagi prospek perniagaan, kami kekal dengan pandangan berhemah dan akan terus memberi penekanan kepada produktiviti dan strategi pertumbuhan. Di samping itu, kami juga akan terus mengembangkan perniagaan teras dengan meneroka peluang-peluang baharu antaranya dalam bahan kimia khusus dan tenaga baharu. Ini akan memastikan kemapanan Petronas dan cabaran dalam industri minyak dan gas,” katanya.