Pengerusi George Kent, Tan Sri Tan Kay Hock berkata, perolehan merosot kepada RM430.75 juta daripada RM616.99 juta tahun sebelumnya.

Katanya, prestasi tahun kewangan itu adalah kukuh meskipun masa telah diubah bagi pengiktirafan pendapatan disebabkan oleh pemodelan semula projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) kepada kontrak harga tetap.

“Kerja pembinaan digantung sejak Jun 2018 dan dijangka disambung semula pada lewat 2019,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Untuk masa depan, Kay Hock berkata, kumpulan komited dengan pelan strategik untuk mengembangkan asas pendapatan.

“Ini akan memerlukan sumber pelaburan yang besar dalam sumber manusia dan kewangan ke arah meningkatkan aspek pemeteran dan pelaburan dan perniagaan berkaitan air. Berdasarkan keadaan semasa, permintaan bagi meter air akan terus mengatasi bekalan.

“Kami juga sedang giat mendapatkan peluang dalam industri rel di rantau ini,” katanya.

George Kent mengumumkan dividen interim ketiga sebanyak 3.5 sen sesaham bagi FY19 yang akan dibayar pada 30 April 2019.

Jumlah bayaran dividen adalah sebanyak RM38.07 juta berbanding RM53.51 juta pada tahun sebelumnya. - UTUSAN ONLINE