ROHAIZA DARUS
ROHAIZA DARUS

Presiden UMW-OG, Rohaizad Darus berkata, ia meliputi 15 projek di Malaysia dan 15 lagi di luar negara termasuk Vietnam, Indonesia, Thailand dan Myanmar.

Katanya, syarikat menjangkakan untuk memperoleh enam kontrak menjelang akhir 2018 yang akan memberi sumbangan positif kepada perolehan dan aset bersih kumpulan dalam tempoh jangka panjang.

“Kontrak dalam tangan semasa UMW-OG bernilai RM725 juta, kira-kira 90 peratus daripadanya akan tamat pada tahun ini dan baki 10 peratus pada tahun hadapan.

“Buat masa ini, UMW-OG mempunyai lima pelantar minyak dengan 71 peratus kadar penggunaan dan dua lagi pelantar mi­nyak dijangka ber­operasi selewat-lewatnya awal Julai ini,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) UMW-OG di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi UMW-OG, Datuk Abdul Rahman Ahmad dan Ketua Pegawai Kewangan UMW-OG, Rafiza Ghazali.

UMW-OG turut mengumumkan pertukaran nama syarikat kepada Velesto Energy Bhd. yang akan diguna pakai secara rasmi dalam tempoh dua minggu akan datang.

Pertukaran nama itu susulan keputusan UMW Holdings Bhd. menamatkan perniagaan minyak dan gas dengan melupuskan semua 55.7 peratus kepentingannya dalam UMW-OG kepada peme­gang-pemegang saham terpilih­nya pada tahun lalu.

Mengulas tentang peralihan kerajaan, Abdul Rahman berkata, UMW-OG optimis kekal berupaya memperoleh kontrak daripada Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) yang merupakan antara pe­langgan utamanya.

“Kami positif terhadap prospek akan datang dan berharap untuk memanfaatkan potensi pada era baharu ini,” katanya.