MODEL RESIDENSI ASTREA
MODEL RESIDENSI ASTREA 

Pengarah Sentral 2 UEM Sunrise, Liong Kok Kit berkata, projek kondominium berkepadatan rendah yang dibangunkan di atas tanah seluas 0.97 hektar itu dijangka siap pada suku pertama 2023.

Beliau berkata, Residensi Astrea Mont Kiara dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM323 juta.

“Residensi Astrea Mont Kiara adalah satu lagi contoh kejayaan komitmen kami dalam menawarkan kediaman yang menepati gaya hidup masa kini,” katanya pada majlis pelancaran Residensi Astrea Mont Kiara di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE