Datuk Noorazman Abd Aziz
Datuk Noorazman Abd Aziz

Beliau menggantikan Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali.

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata Ahmad Tajuddin, 69, memilih untuk bersara selepas berkhidmat dengan kumpulan itu lebih sedekad.

UEM Group, konglomerat infrastruktur dan perkhidmatan berasaskan kejuruteraan terkemuka di Malaysia ialah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd

Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Azman Mokhtar berkata Ahmad Tajuddin telah memimpin dan memacu UEM Group, mengharungi tempoh yang sangat penting dalam sejarah 51 tahun penubuhannya.

Ini katanya, tempoh yang bertepatan dengan Program Transformasi GLC dan tempoh penggabungan serta pertumbuhan baharu UEM Group.

Noorazman sudah menjadi ahli lembaga pengarah UEM Group sejak 15 Nov 2010, dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi mulai 14 April, 2017. - BERNAMA