Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck berkata, U Mobile sangat teruja untuk memberi manfaat kepada pelanggannya melalui pelbagai produk telekomunikasi dan perkhidmatan insurans merupakan tawaran yang terbaharu.


“Kami menawarkan perlindungan untuk insurans hayat, kemalangan dan kesihatan kepada pelanggan U Mobile dengan bayaran premium yang rendah. Selain itu, kami menyediakan platform digital kepada pelanggan untuk memohon, melanggan serta mengurus pelan insurans mereka dengan menggunakan telefon pintar sahaja,” katanya dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara U Mobile dan Sun Life Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE