Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

TravelCompute sasar penjimatan 40 peratus

TravelCompute
SYED Razif Al-Yahya memberi penerangan tentang platform TravelCompute ketika pelancarannya dalam majlis Penghargaan dan Makan Tengah Hari Makan Tengah Hari bersama pelanggan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di hari ini. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Sri Sutra Travel Sdn. Bhd. tawar aplikasi papan pemuka (dashboard) TravelCompute sebagai platform baharu dalam kemudahan pengurusan trip korporat.

Aplikasi ditawar secara dalam talian itu mensasarkan penggunaan dalam kalangan syarikat-syarikat korporat yang kerap berurusan di luar negara.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Razif Al-Yahya memberitahu, kewujudan platform TravelCompute itu menjangkakan penjimatan kos trip korporat sehingga 40 peratus setahun.

Beliau berkata, menerusi platform tersebut syarikat-syarikat korporat boleh menguruskan sendiri perancangan perjalanan sama ada dalam dan luar negara tanpa perlu lagi melalui pihak ke tiga atau ejen.

“Platform TravelCompute adalah kemudahan perjalanan sama ada untuk urusan bisnes atau percutian pertama di Malaysia yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam satu aplikasi. Antara kemudahan terdapat dalam laman tersebut seperti tempahan tiket kapal terbang, hotel, pengangkutan awam darat dan sebagainya yang membantu memudahkan urusan perjalanan.

“Selain kemudahan tersebut, paltform itu juga menyediakan laporan analisis seperti perbelanjaan dan kekerapan perjalanan dalam tempoh masa tertentu,” katanya ketika dalam satu majlis Penghargaan dan Makan Tengah Hari bersama pelanggan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu, kemudahan aplikasi pengurusan percutian turut boleh diakses oleh orang awam menerusi laman web www.sutra.my. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain